abadikan hati ini dengan sifat Mahmudah..
>> Tuesday, August 2, 2011
1.taubat: keazaman untuk meninggalkan segala kesalahan dan dosa-dosa besar, melalui jalan ilmu, penyesalan dan niatuntuk tidak mengulanginya.
2.takut akan Allah S.W.T: perasaan takut terhadap Allah akan membuatkan seseorang itumelipatgandakan amalan soleh dan meninggalkan laranganNya.
3.mahabbah: mengasihi Allah dan Rasul melebihi segala yang lain akan melahirkan rasa cinta kapada agama dan rela berjuang kerana mempertahankan islam.
4. zuhud: kehidupan insan mukmin yang mengekang jiwa daripada segala rupa kesenangan dunia yang berlebihan dan meninggalkan perkara yang tidak baik
5.sabar: perasaan memujuk jiwa dengan keimanan. ia merangkumi sabar atas ketaatan dan juga sabar dalam menjauhi maksiat.
6. syukur: bersyukur kepada Allah S.W.T atas nikmat kesihatan, rezeki, kemudahan hidup, kurniaan pancaindera dan sebagainya.
7. ikhlas dan benar: untuk mencapai tingkat ikhlas ini, amat dituntut untuk mematahkan dorongan hawa nafsu dan kasih akan dunia.
8.tawakal: tawakal ialah meletakkan pergantungan hanya pada Allah S.W.T setelah berazam. seterusnya diikuti dengan berusaha.
9. reda dengan Qadak Allah: segala ketentuan Allah sama ada baik atau buruk diterima dengan syukur atau sabar oleh insan mukmin.
10. mengingati mati: sepintar-pintar manusia ialah orang yang sentiasa ingat pada mati dan sentiasa bersedia menghadapinya, mereka itulah orang yang bijaksana.
0 comments:
Post a Comment