Timeless

>> Sunday, May 6, 2012

Assalamualaikum.

Ibarat berlari meninggalkan kita yang sering lupa, leka, & alpa untuk hargai masa yang tak mampu  berpatah kembali. dan sebagai seorang yang masih menuntut ilmu, kadang kala merungut, mengeluh, dan segala 'me' yang negatif  tentang perihal kehidupan di masa sekarang adalah lumrah semula jadi. dan perlu kita muhasabah atau ingat apa yang kita buat mahu yang baik atau buruk sekalipun. mungkin apa yang dirasa, baik untuk kita tapii mungkin buruk untuk orang lain. 

pesanan buat aku dan si dia


Rasulullah bersabda:

“Sepatutnya ke atas seorang yang berakal itu, ia mempunyai empat waktu; waktu untuk berdoa, memohon kepda Allah, waktu  ia menghitung diri sendiri, waktu untuk ia memikirkan segala kejadian Allah dan suatu waktu untuk ia menikmati hajatnya daripada makan dan minum.”(HR Ibnu Hibban)

“Rehatkanlah hati kamu suatu waktu selepas suatu waktu, sesungguhnya hati akan menjadi buta, apabila membenci sesuatu”  Saidina Ali bin Abi Thalib

“Lakukanlah daripada amalan (ibadat) yang kamu mampu. Kerana sesungguhnya Allah tidak jemu sehingga kamu yang akan jemu. Sebaik-baik amalan kepdaAllah itu ialah berterusan walaupun sedikit”(HR Bukhari dan Muslim)


Ya Tuhan, kau telah curahkan rezeki yang tak ternilai kepadanya, aku memohon pada Mu, Kau permudahkannya segala urusan sebaik-baiknya, disamping tidak melupakan Kau Yang Maha Esa, jauhkan dia dari sifat-sifat angkuh dan sombong atas rezeki yang telah Kau berikan.  Kau berikan keazaman, ketenangan & kebahagiaan agar sentiasa dapat ku melihat kejayaannya.

amin rabbal a'lamin..

till then =)



0 comments:

Post a Comment