LDR

>> Thursday, January 26, 2012

LDR stand for Long Distance Relationship

hasil difaktab oleh Aqram

'cinta jarak jauh itu seolah macam petik jari, sepuluh yang datang tau'. tapi, ada tapinya.kenalah planning siap-siap setiap prkara kena ada perancangan.perangai komited dengan percintaan kena ada perancangan. baru menjadi, baru umphh. takdelah time tu nak berak, time tu nak buat jamban. rancang elok-elok. biarpun jauh, kau kat kuala lumpur, dan dia kat amerika, kalau perancangan disusun rapi, sabar, istiqamah dan paling penting memahami antara satu sama lain. senang-senang sahaja kau akan meruntuhkan ketakutan pada long-distance relationship. macamlah kau seorang saja pasangan yang bercinta jarak jauh.kawan aku sorang ni pakwe kat alaska, dia kat selayang. rilek je bercinta jarak jauh selama empat lima tahu, tengok-tengok lepas itu dah bertunang.kental.

yang perempuan, sematkanlah dalam hati itu dengan nada

"boyfriend aku adalah pilihan aku, dan pilihan aku sentiasa mengatakan dia adalah manusia yang tak lepas dengan kesilapan asalkan aku tahu yang dia akan terus cintakan aku sampai bila-bila. jadi, tak perlu aku risau tentang apa yang dia buat dan apa yang dia akan buat.dia juga ada pilihan dan aku pasrah untuk dia buat pilihan. cinta itu hanya pengubat bila aku perlukan buat masa ini"

yang lelaki, beringat la dengan akal dengan kata

"girlfriend aku adalah matlamat aku, dan matlamat yang aku buat untuk tentukan hidup aku sendiri supaya dia sedar bahawa aku adalah orang yang menyunting dia pada suatu hari nanti. maka tak perlu aku risau tentang apa yang dia inginkan, dan apa yang akan dia impikan dia juga ada matlamat dan aku redha matlamat yang dia mahukan. cinta itu hanya persinggahan bila aku perlukan buat masa ini"

hampir sama ayatnya, tetapi lain maksudnya.lelaki dan perempuan sentiasa mempunyai pandangan berbeza dalam percintaan, apatah lagi dengan percintaan jarak jauh.jangan samakan dan paksa untuk berpandangan sama, kalau tidakitu bukkan cinta, tapi itu membawa derita.sebaliknya, sesuaikan diri dan keadaan agar boleh menrima pandangan dan gaya yang berbeza.

memang cinta jarak jauh itu mudah! tiada yang susahnya dengan cinta jarak jauh.kita kan orang bertamadun dan kita selalu curse yang orang zaman dulu sebagai tak bertamadun takde Ipad macam zaman sekarang. tapi, fikirlah balik, orang zaman dulu yang tak bertamadun itu, tanpa teknologi komunikasi yang canggih, tanpa blackberry, boleh saja survive bercinta jarak jauh sampai bertahun-tahun. 

akhir kata, letaklah diri itu dalam keadaan rendah diri. cuba turunkan sedikit ego, lunturkan ketakutan dalam bercinta.tak kesahlah jarak dekat ataupun jauh, prinsip yang baik sentiasa teraplikasi dalam bercinta. psikologi otak itu kena betul, mind-set kena tegak dan jangan jadi penakut. beringatlah, bila kau dah becinta, bermakna dah tanam perasaan pada orang lain, hargai persaan orang lain yang menyemai perasaan sama pada kau. 




khatam sudah kitab terfaktab #1

dan nukilan ini ditujukan untuk all readers including aku jgk.

wasalam.

sekian :)

0 comments:

Post a Comment