>> Friday, April 15, 2011
entry kali nih x bertajuk pon...singgah di blog adifsory..mintak izin share kat cni yerk untuk tatapan..we share we care kan kan..
Lelaki selalu merasakan, untuk mencintai seorang perempuan, banyak benda dan pekara yang perlu dikorbankan. Korban wang, korban rasa, korban masa dan yang penting sekali ialah terpaksa mengorbankan ego yang amat tinggi untuk membeli sekeping hati.
Lelaki tidak pernah tahu, ada perempuan di dalam dunia ini amat bersedia untuk susah dan senang bersama-sama.
Bila baca entri ini, sila klik kan mana-mana lagu dalam mix pod blog ini, dengar gitar yang aku mainkan. Terbangkan satu perasaan ringan dan penuh kasih sayang di lambaian angan-angan dan harapan.
Bayangkan seorang lelaki sedang memimpin tangan si isteri, yang sedang hamil dalam langkah santai di satu sudut indah permai di tepian pantai.
Bayangkan pula, kamu itulah lelakinya. Perempuan yang sedang tersenyum mungil dan punya sejuta seri itu ialah isterimu yang sedang hamilkan anak sulung milik mahal sebuah cinta. Benih cinta yang amat tinggi nilainya.
Bagaimana kamu mencapai rasa itu? Adakah kamu, wahai lelaki akan mencapai mimpi memeluk erat pinggang si isteri dan mengucup indah wajahnya pada sepoi angin di harapan mimpi?
Bermimpilah, kerana bahagia itu bermula dengan impian. Korbankan sedikit harga sebuah ego, keras hati dan berpaling pada sebuah impian untuk membina masa depan.
Kamu mungkin merasakan bahawa kamu bukan sesiapa. Kamu mungkin merasakan bahawa kamu amat jauh untuk memunya sebuah cinta tapi yakinlah dalam hati bahawa Allah itu hak semua selagi kita bernama hambaNya.
Bayangkan...dalam kamu belajar begitu perit dan jerih, dalam begitu sukar dan miskin, dalam begitu hampa dan rintangan yang ada, kamu bangun akhirnya... untuk hidup dan untuk teruskan bahagia dan cita-cita kerana cinta yang menguatkan segalanya.
Hidup harus kuat, cinta itu akan kuatkan kamu. Sekiranya kamu jatuh, hampa, kecewa, di tinggalkan, ditolak ketepi... hakikatnya cinta dalam diri manusia tidak pernah mati. Ia akan hidup dalam diri seorang lelaki, bangunkan ia dan buangkan kecewa yang melanda diri.
Benar kata bijak pandai, cinta itu ialah kekuatan. Kekuatan yang akan kayakan harapan, yang akan kayakan keyakinan dan yang akan tinggikan kesabaran.
Sabar itu hadir kerana kita sudah kuat. Kita mahukan cinta itu, kita kejar ia dalam tertib indah seorang manusia. Romantisnya cinta ialah bila kita memandang ia sebagai kain putih yang bersih tanpa ada buruk sangka.
Memaafkan segala yang tercela, terkata, tersalah langkah segala...seorang lelaki akan menang kerana perempuan baiknya ada menunggu di luar sana.
Lelaki yang pernah kecewa, bangunkan diri kembali dalam membina sebuah cinta.
sekian...=)
0 comments:
Post a Comment