Jadikan kekalahan sebagai kemenangan...:)
>> Friday, January 28, 2011
Dalam konteks kehidupan kalah menang di sini bukanlah bermaksud kalah menang dalam pertandingan.. tetapi lebih kepada kehidupan di dunai yang merujuk kepada kebahagiaan atau kesedihan. Ingatlah, bahawa kita perlu bersedia dari segi mental dan emosi untuk berdepan denga dugaan. Dugaan pula boleh datang dari pelbagai sudut sama ada kesihatan, perhubungan dan juga dalam mengejar keredhaan Allah.
Kekalahan ialah proses pembelajaran,. Jika selalu menang pasti kita tidak tahu untuk menjiwai rasa kecewa. Apabila kita kalah, kita akan lebih positif untuk meraih kejayaan pada masa hadapan. Di sinilah kekuatan seseorang bergelar manusia kerana pengalaman banyak mendewasakan mereka.
0 comments:
Post a Comment